Wednesday 8 November 2017

TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL

Posted by Unknown at 07:19
Hello lovelies,

So today, kita nak share on how to take care of your bawal 🙆 Seperti yang kita tahu, tudung juga merupakan fesyen terpenting di Malaysia bagi yang beragama Islam. Walaupun sekarang tudung mempunyai pelbagai fesyen namun masih lagi ada yang setia dengan bawal. Yela, bawal kan selesa nak pakai di mana - mana sahaja terutama sekali bagi student. So, ramai yang tak tahu cara penjagaan bawal yang sebetulnya lepastu mula lah 'complain' tudung kualiti tak bagus and so on sedangkan tudung yaang mahal beratus pun ada cara penjagaannya. 


Okay first sekali cara cucian. Make sure, korang basuh tudung korang dengan cara cucian tangan. Mula- mula rendam seketika tudung korang dengan serbuk pencuci. Then, gosok perlahan - lahan. Kalau bagi tudung yang bermanik, korang boleh gosok tudung korang secara terbalik supaya manik tersebut tidak tercabut ataupun cukup dengan hanya rendam tudung     tersebut tanpa menggosok.

Jangan malas okay, korang. Sumpah tak lama pun basuh tudung & best gila dapat main sabun ehehehehehehe. Haa sedikit peringatan! Jangan gunakan berus or mesin basuh kerana bila korang guna berus akan merosakkan fabrik tudung tersebut. Tidak kiralah sama ada fabrik tersebut chiffon atau cotton tapi konfem akan berbulu kalau korang guna berus. Begitu juga kalau korang menggunakan mesin basuh untuk mencuci tudung. Manik - manik pada tudung mungkin akan tertanggal.😭 For additional, jangan guna pelembut fabrik kerana tudung sukar untuk dibentuk bila guan pelembut fabrik. Selepas siap dicuci, jemur tudung tersebut di tempat yang redup dan tidak terlalu panas.


Seterusnya, gosok tudung tersebut dengan menggunakan suhu yang rendah kerana fabrik tudung kebanyakan bersifat ringan dan  mudah digosok so takperlu menggunakan suhu yang tinggi kerana akan menyebabkan tudung rosak atau terbakar. Bagi tudung yang bermanik, gosok tudung tersebut pada sebelah dalam tudung bagi memastikan manik tetap kekal pada kain tudung tersebut. Seeloknya lapik dengan kain.


Last but not least, elakkan melipat tudung. Seeloknya gantung tudung di tempat gantung tudung atau ikat bahagian hujung tudung pada penyangkut baju selepas digunakan. So tak perlulah korang susah - susah iron lagi untuk pemakaian seterusnya.

Last but not least, disini saya share video membasuh tudung 😉



Thats all for today, girls. Have a nice day ahead! 💕


0 comments:

Post a Comment

 

ByFathihaHusain Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea