Monday 13 November 2017

COLOR MATCHING GUIDE

Posted by Unknown at 21:26 0 comments
Hello loveliesπŸ’–,

Harini saya nak share tips macam mana nak matching warna tudung kita dengan pakaian / outfit kita. Salah satu faktor keyakinan seseorang itu terletak padan pakaian yang dipakainya. Oleh itu warna yang bersesuaian matlah penting bagi menaikkan kontra pakaian dan membuatkan pakaian tersebut nampak selesa dan menarik serta meningkatkan keyakinan diri seseorang tersebut. Oleh itu, dibawah adalah contoh pemilihan warna untuk dipadankan dengan tudung dan baju yang kita pakai. Selamat mencuba! Xx



Wednesday 8 November 2017

TIPS PEMILIHAN WARNA TUDUNG MENGIKUT TONA KULIT

Posted by Unknown at 20:50 0 comments
Hello lovelies πŸ’–,

Pemilihan warna tudung yang sesuai dengan kulit wajah mampu mempengaruhi penampilan seseorang itu. Warna tudung yang tidak sesuai dengan warna kulit boleh membuatkan wajah korang kelihatan kusam dan tidak segar 😱 Oleh itu, kalini saya nak share tips macam mana nak pilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit kita .



1) Kulit putih / kuning langsat

Bagi mereka yang memiliki kulit yang cerah sangat beruntung kerana senang dipadankan dengan banyak pilihan warna. Oleh itu, why not serlahkan penampilan anda dengan warna - warna yang ceria & terang seperti merah, hijau terang, biru , ungu dan hitam.Warna pastel pelu dielakkan bagi yang memiliki tona kulit cerah kerana ia menampakkan wajah anda lebih pucat. Walaubagaimanapun, make up yang 'sharp' boleh cover wajah pucat anda :)




2) Kulit sawo matang

Kulit sawo matang merupakan ciri - ciri kulit kelompok negara Asia. Oleh itu, kebanyakan orang melayu memiliki kulit yang sawo matang. Kebiasaanya warna tudung yang sesuai bagi wanita yang berkulit sawo matang iah warna pastel iaitu warna cerah dan lembut seperti pink muda, coklat muda, biru muda dan putih kekunung-kuningan. Warna seperti merah dan hijau tua pula sangat tidak sesuai untuk mereka yang memiliki tona sawa matang kerana akan membuatkan anda kelihatan tidak bermaya.



3) Kulit hitam manis

Bagi yang berkulit sedikit gelap atau hitam manis, warna yang cerah sangatlah sesuai supaya tidak nampak bertambah gelap. Warna seperti kelabu muda, hijau muda, peach dan lavender merupakan warna yang sesuai supaya nampak lebih cerah dan ceria. Warna gelap deperti hitam, ungu gelap dan biru tua perlu dihindarkan kerana akan menampakkan wajah anda lebih gelap.





Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat! Xx πŸ’•

TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL

Posted by Unknown at 07:19 0 comments
Hello lovelies,

So today, kita nak share on how to take care of your bawal πŸ™† Seperti yang kita tahu, tudung juga merupakan fesyen terpenting di Malaysia bagi yang beragama Islam. Walaupun sekarang tudung mempunyai pelbagai fesyen namun masih lagi ada yang setia dengan bawal. Yela, bawal kan selesa nak pakai di mana - mana sahaja terutama sekali bagi student. So, ramai yang tak tahu cara penjagaan bawal yang sebetulnya lepastu mula lah 'complain' tudung kualiti tak bagus and so on sedangkan tudung yaang mahal beratus pun ada cara penjagaannya. 


Okay first sekali cara cucian. Make sure, korang basuh tudung korang dengan cara cucian tangan. Mula- mula rendam seketika tudung korang dengan serbuk pencuci. Then, gosok perlahan - lahan. Kalau bagi tudung yang bermanik, korang boleh gosok tudung korang secara terbalik supaya manik tersebut tidak tercabut ataupun cukup dengan hanya rendam tudung     tersebut tanpa menggosok.

Jangan malas okay, korang. Sumpah tak lama pun basuh tudung & best gila dapat main sabun ehehehehehehe. Haa sedikit peringatan! Jangan gunakan berus or mesin basuh kerana bila korang guna berus akan merosakkan fabrik tudung tersebut. Tidak kiralah sama ada fabrik tersebut chiffon atau cotton tapi konfem akan berbulu kalau korang guna berus. Begitu juga kalau korang menggunakan mesin basuh untuk mencuci tudung. Manik - manik pada tudung mungkin akan tertanggal.😭 For additional, jangan guna pelembut fabrik kerana tudung sukar untuk dibentuk bila guan pelembut fabrik. Selepas siap dicuci, jemur tudung tersebut di tempat yang redup dan tidak terlalu panas.


Seterusnya, gosok tudung tersebut dengan menggunakan suhu yang rendah kerana fabrik tudung kebanyakan bersifat ringan dan  mudah digosok so takperlu menggunakan suhu yang tinggi kerana akan menyebabkan tudung rosak atau terbakar. Bagi tudung yang bermanik, gosok tudung tersebut pada sebelah dalam tudung bagi memastikan manik tetap kekal pada kain tudung tersebut. Seeloknya lapik dengan kain.


Last but not least, elakkan melipat tudung. Seeloknya gantung tudung di tempat gantung tudung atau ikat bahagian hujung tudung pada penyangkut baju selepas digunakan. So tak perlulah korang susah - susah iron lagi untuk pemakaian seterusnya.

Last but not least, disini saya share video membasuh tudung πŸ˜‰



Thats all for today, girls. Have a nice day ahead! πŸ’•


 

ByFathihaHusain Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea