Tuesday 17 October 2017

TIPS PEMILIHAN TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA

Posted by Unknown at 01:56

Hi lovelies, mesti ada yang masih tertanya dan runsing kenapa dia pakai tudung selalu tak jadi atau dalam erti kata lain nampak buruk dan tak kemas. Perasaan runsing itu turut disertakan dengan rasa cemburu apabila melihat orang lain menggayakan tudung tersebut dengan selesa dan kemas sekali. Haa, ramai yang tak tahu sebenarnya pemilihan tudung juga adalah bergantung kepada bentuk muka kita.


Seperti yang kita sedia maklum, setiap manusia di muka bumi ini mempunyai bentuk muka yang berbeza seperti bentuk bulat, petak, bujur, panjang dan juga bentuk hati. Oleh hal yang demikian, perbezaan bentuk muka ni menyebabkan tidak semua fesyen tudung adalah bersesuaian dengan bemtuk muka kita. Oleh itu, pemilihan tudung yang betul mengikut bentuk muka kita adalah sangat penting bagi memastikan tudung yang kita pakai selesa dan kemas.


Oleh itu, untuk entri yang pertama ini, admin ingin berkongsi dengan semua sedikit tips dalam pemilihan tudung mengikut bentuk muka kita :)


1) Bentuk muka bujur



Bentuk muka bujur merupakan bentuk muka idaman bagi setiap wanita. Hal ini demikian kerana, bentuk muka yang bujur boleh menggayakan hampir kesemua fesyen tudung seperti tudung bawal, shawl/selendang, syria bahkan tudung awning pun boleh. Oleh itu bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah bujur sememangnya bertuah. Tidak hairanlah apabila ada sesetengah orang sanggup membuat pembedahan plastik bagi mendapatkan bentuk wajah yang bujur. Ops! jangan buat pembedahan plastik pulak ye, berdosa! Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana ciptaan Allah SWT itu semuanya cantik molek belaka haa gitu.


2) Bentuk muka bulat


Bagi mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulak selalu dikategorikan dengan kumpulan yang comel atau kumpulan yang memliki 'pipi pau' atau dengan erti kata lain mempunyai pipi yang berisi. Kebiasaanya, bagi mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat akan 'badmood' jika tudung mereka kelihatan begitu bulat. So here's a few tips for you, girl :-
  • First, korang boleh try anak tudung yang nipis seperti 'snowcap' yang banyak dijual di mana-mana sekarang. Anak tudung yang nipis dapat elakkan ukuran kepala korang bertambah so tadelah nampak sangat bolat tu kan
  • Second, jangan pakai tudung yang terlalu tebal seperti 'pashmina' sebab tudung yang tebal sangat ni biasa membulatkan muka seseorang so jika muka anda bulat maka bertambahlah bulat bila menggayakan tudung yang tebal seperti pashmina
  • Third, bila korang pakai any tudung tak kisah lah bawal ke shawl ke pls MAKE SURE korang tak tutup tulang pipi korang tu so takdelah nampak bulat sangat haa
  • Then, korang tak perlulah pin tudung korang terlalu ketat supaya tak nampak sangat ukuran wajah korang. So, pin longgar sikit je. Jangan longgar sangat pulak dah -_- nanti nampak pulak leher. Kan dah aurat tu. Aiyoook! 

3) Bentuk muka panjang 


Bentuk muka yang panjang juga merupakan bentuk muka idaman wanita. Kebiasaannya, bentuk muka yang panjang ini memiliki dagu yang panjang. Sometimes, bentuk muka panjang juga dikategorikan sebagai bentuk muka yang bujur kerana ciri mereka hampi sama dan bentuk muka panjang juga mudah menggayakan apa jenis fesyen tudung. But, sometimes pemilik bentuk muka panjang ini mempunyai masalah dimana tudung ternampak terlalu panjang atau bujur apabila digayakan so here's a few tips supaya tak nampak terlalu 'lonjong' :-

  • First, korang boleh guna anak tudung yang jenis melekap di dahi supaya takdelah nampak sangat luasnya dari korang tu.
  • Second, no need to cover your cheek supaya tadelah nampak sangat bentuk muka korang terlalu panjang. So, nasihat saya, pakailah tudung ke belakang sedikit agar muka korang kelihatan bujur dan tudung yang digayakan kemas terletak di kepala
For additional, bagi mereka yang berwajah panjang, bawal & shawl sangatlah mudah digayakan dan nampak kemas dan cantik apabila digayakan :)


4) Bentuk muka hati



Bentuk muka hati pula kebiasannya dikategorikan sebagai 'chin on point'. Bagi mereka yang mempunyai bentukwajah seperti ini, korang disarankan pakai tudung kebelakang sikit bagi menampakkan dagu korang yang cun tu. Shawl sangatlah sesuai bagi mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini kerana shawl bersifat terbuka so nampaklah dagu korang yang on point tu. Paling penting, jangan pakai tudung terlalu ke depan sampai menutupi rahang korang sebab tudung akan jadi kurang kemas dan tidak selesa :)

5) Bentuk muka petak


Gambar sekadar hiasan

Bagi mereka yang mempunyai muka yang berbentuk petak, tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Oleh itu, menyembunyikan rahang semasa bertudung memang keutamaan bagi mereka yang memiliki bentuk muka ini.

0 comments:

Post a Comment

 

ByFathihaHusain Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea